Anda ingin bekerja di sebuah stesen radio?
Jom lihat antara peluang untuk menghangatkan lagi kareer anda.
Ada (3) kekosongan ketika ini.
JAWATAN KOSONG
Copywriter
Kami mencari seorang Copywriter
Jika anda memiliki ciri-ciri seperti berikut:
* Fasih berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris – menulis dan bertutur.
* Menguasai kemahiran berkomunikasi.
* Mampu bekerja di bawah tekanan dan mengejar tarikh terakhir (deadlines).
* Berkebolehan membuat pelbagai kerja dalam satu masa, memiliki disiplin kerja yang tinggi dan pengurusan masa yang baik.
* Memiliki imiginasi yang tinggi dan pemikiran kreatif.
* Mampu berkerjasama dengan ‘voice over talents’ dan para pelanggan kami.
* Boleh membaca ringkasan kreatif dan menghasilkan iklan radio yang mengagumkan.
* Berbakat dalam penulisan… iklan radio.
* Mahir menggunakan Microsoft Office.
Jika anda berminat, hantarkan resume kepada shahreena@flyfm.com.my
Tarikh tutup 4 Disember 2009
Moderator Web
Bertanggungjawab untuk memantau post, chat & forum di laman web Hot FM. Ini termasuklah menyokong & memastikan kualiti kandungan web menepati garis panduan kami.
Bekerjasama dengan Editor Web dalam menghasilkan maklumat baru, dan memantau komen daripada pendengar setia kami.
Selain itu, anda juga akan bertanggunjawab untuk memperbaiki segala isu berkaitan laman web secara keseluruhannya.
Kami akan menyediakan latihan, persekitaran kerja yang menarik, dan gaji asas RM1,600(boleh dirunding) berdasarkan 40 jam waktu kerja seminggu.
Kelayakan
1. Berkemahiran dalam menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (Mahir dalam Mandarin adalah bonus) dengan baik
2. Kemahiran dalam Internet, laman web dan produk Adobe seperti Dreamweaver dan Photoshop.
3. Mahir dalam mengendalikan MS Office (seperti Word, Excel, Power Point).
4. Bekerja keras dan mempunyai keinginan untuk mempelajari sesuatu yang baru.
5. Semangat berpasukan yang tinggi.
Tarikh tutup 14 November 2009
Sila emel resume anda ke alexpoon@hotfm.com.my
Jurutera Audio Penerbitan
Mencari jurutera audio yang berpengalaman atau lepasan ijazah atau diploma kejuruteraan audio yang mempunyai semangat pasukan yang tinggi, kreatif dan penuh minat.
Kelayakan
1. Diploma atau ijazah dalam kejuruteraan audio
2. Mahir menggunakan Protools atau mana-mana perisian suntingan audio.
3. Bertutur dan menulis secara fasih dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Bahasa Cina adalah bonus.
4. Bijak mengendalikan aplikasi digital mixers dan signal flow.
Tarikh tutup 14 November 2009
Sila emel resume anda ke shah.h@hotfm.com.my
Krew Hot FM Zoomerz
Kelayakan
-Berumur bawah 25 tahun?
-Happening? Berpewatakan gila gila?
-Mempunyai lesen memandu penuh?
-Bertanggung jawab dan menepati masa?
Sila emel resume anda ke zoomerz@hotfm.com.my
Maklumat lanjut sila layari HotFm