Mempunyai 2 cabang 1- Radiografi 2-Radioterapi
1- Radiografi
Tugasnya adalah mendiagnosis penyakit. Dengan erti kata lain...menyiasat sama ada terdapat penyakit pada bahagian tubuh badan pesakit. Contoh pada bahagian perut, dada, kepala dan memeriksa sekiranya berlaku kepatahan anggota badan. Bolehlah disimpulkan sinar X digunakan untuk mengesan keabnormalan yang terdapat di dalam tubuh badan pesakit. Kerja ini dilakukan mengikut mengikut order dari doktor.
Sinar X berbahaya kepada manusia kerana ia akan mematikan sel-sel di dalam badan. Disebabkan itu Sinar X dibuat hanya bila benar-benar perlu sahaja.
x-ray ada banyak jenis. Contohnya General x-ray, Fluoroskopi, Mammografi,
Anggaran gaji selepas ditolak KWSP dan SOCSO lebih kurang RM2000 ( ini untuk kerja dengan kerajaan) sekiranya bekerja dengan swasta sudah pastinya gaji lebih tinggi. Namun sekiranya anda dibawah tanggungan pihak kerajaan semasa mengikuti latihan anda akan terikat dengan kontrak selama 4 tahun.
Cara memohon kerja hanya isi borang di dalam laman web SPA iaitu www.spa.gov.my. Sekiranya berjaya anda akan menduduki ujian bertulis, selepas lulus barulah ditemuduga. Soalan yang biasa ditanya berkaitan bidang yang kita pilih dan sedikit tentang diri kita sendiri.
Sekiranya memang rezeki anda diterima untuk menjalani latihan tersebut anda akan mendapat elaun RM621 sebulan, elaun buku RM320 setahun dan elaun uniform RM90 setahun beserta kasut dan kain percuma. Selamat Berjaya..