Thursday, July 16, 2009

JURU X-RAY

Nama jawatan JURU X-RAY U29

Mempunyai 2 cabang 1- Radiografi 2-Radioterapi

1- Radiografi

Tugasnya adalah mendiagnosis penyakit. Dengan erti kata lain...menyiasat sama ada terdapat penyakit pada bahagian tubuh badan pesakit. Contoh pada bahagian perut, dada, kepala dan memeriksa sekiranya berlaku kepatahan anggota badan. Bolehlah disimpulkan sinar X digunakan untuk mengesan keabnormalan yang terdapat di dalam tubuh badan pesakit. Kerja ini dilakukan mengikut mengikut order dari doktor.

Sinar X berbahaya kepada manusia kerana ia akan mematikan sel-sel di dalam badan. Disebabkan itu Sinar X dibuat hanya bila benar-benar perlu sahaja.

x-ray ada banyak jenis. Contohnya General x-ray, Fluoroskopi, Mammografi,
Intravena Urography(IVU), Magnectic Rensonance Imaging (MRI), Computer TOmmography (CT-scan), Angiografi. Setiap bahagian dalam tubuh yang ingin diagnos memerlukan jenis-jenis pemeriksaan X-Ray tertentu seperti contoh yang telah dinyatakan.

Anggaran gaji selepas ditolak KWSP dan SOCSO lebih kurang RM2000 ( ini untuk kerja dengan kerajaan) sekiranya bekerja dengan swasta sudah pastinya gaji lebih tinggi. Namun sekiranya anda dibawah tanggungan pihak kerajaan semasa mengikuti latihan anda akan terikat dengan kontrak selama 4 tahun.

Cara memohon kerja hanya isi borang di dalam laman web SPA iaitu www.spa.gov.my. Sekiranya berjaya anda akan menduduki ujian bertulis, selepas lulus barulah ditemuduga. Soalan yang biasa ditanya berkaitan bidang yang kita pilih dan sedikit tentang diri kita sendiri.

Sekiranya memang rezeki anda diterima untuk menjalani latihan tersebut anda akan mendapat elaun RM621 sebulan, elaun buku RM320 setahun dan elaun uniform RM90 setahun beserta kasut dan kain percuma. Selamat Berjaya..

10 comments:

  1. urm.
    kamu, nak tanya ni. saya dah dapat SPA tu. tapi kos fisioterapi, saya cadang nak mintak tukar tempat dan kos sbb saya dah dapat unikl rcmp kos radigorafi kat sana. so, cadangnya nak proceed je kat RCMP tu..boleh ke? itu pun kalo kamu tau la. sbb mmg tatau dah nak buat macam mana ni. tanya org kkm tu dia mcm xbg respon yg baik je..dia ckp saya kena blaja 6 bulan fisio dlu baru leh tukar. tolong ea kalo kamu tau.
    emel me.
    thinkingsquare_pocoyo90@yahoo.com.

    thnx=)

    ReplyDelete
  2. terima kasih >_< sangat membantu~~

    ReplyDelete
  3. sy juruxray lepasan rcmp,, kerja juruxray seronok tapi mencabar,,,kerenah doktor kerenah pesakit jika anda berada di swasta anda perlu bersedia dlm fizikal dan mental,, kerja jxr ini seronok bgi yg betul2 minat,,,

    ReplyDelete
  4. SAPE NAK KERJA JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (RM74/DAY) JURU X-RAY U29
    send resume to farahnadiah0n9@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Cik Farah nadiah, available lg x jawatan tu? Sy freshie uitm, sdg mencari pekerjaan

    ReplyDelete
  6. Cik Farah nadiah, available lg x jawatan tu? Sy freshie uitm, sdg mencari pekerjaan

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Cik Farah nadiah, available lg x jawatan tu? Sy freshie uitm, sdg mencari pekerjaan

    ReplyDelete
  9. Kalau saya pelajar asasi sains pertanian upm nak teruskan diploma untuk jadi pakar xray tapi tk de bidang radiografi atau pengimejan jadi tapi ada orang ckp boleh join bidang kejuruteraan

    ReplyDelete