Monday, September 28, 2009

Bagaimana nak kerja di OFFSHORE OIL & GAS?

Terlebih dahulu selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam. Rasanya belum terlambat nak ucapkan. Sepanjang bulan puasani sibuk sikit dengan bisnes bulan puasa. Biasalahkan nak cari duit lebih untuk diperabihkan pada hari raya. Hehehehe..

Berbalik pada tajuk post kali ini, banyak juga feedback yang bertanyakan tentang kerja offshore ni. Aku sebenarnya tak pernah bekerja dalam bidang ni cuma adalah sikit pengetahuan dalam bidang ni. Maklumat ni aku dapat dari Offshoreman.com . (Penulis adalah seorang pekerja industri Oil & Gas dan boleh dihubungi di webmaster@offshoreman.com. Pembaca dinasihatkan untuk membuat kajian sendiri dan menjadikan artikel ini hanya sebagai panduan umum). You May Freely Distribute This Special Article To The Clueless

Dan salinan di bawah ni adalah apa yang aku dapat dari penulis website tersebut. Jadi aku salin semula di sini untuk memudahkan anda memahami secara terperinci mengenai Kerja Orang Minyak ni.


Antara soalan yang sering ditanya ialah:

1. Bagaimana nak kerja di Offshore Oil & Gas?
2. Berapa banyak gaji yang dibayar?
3. Jadual kerja, 2 minggu kerja lepas tu 2 minggu cuti ke?
4. Selain Shell dan Petronas syarikat mana lagi yang provide kerja ni?

1. Bagaimana nak kerja di Offshore Oil & Gas?

Soalan inilah yang paling banyak diajukan kepada saya. Malahan saya telah mempunyai ‘template’ untuk menjawab soalan ini.
Proses mendapatkan kerja sebenarnya sama dengan industri lain, hantar resume, interview, orang dalam, cable kroni dan lain-lain. Persoalan yang sebenarnya ialah; kebanyakan orang tidak mengetahui syarikat-syarikat yang menawarkan kerja offshore ini. Yang orang ramai tahu hanya Petronas, Shell, Esso … atau lebih tepat lagi ‘stesen minyak’. Sebenarnya ada beribu-ribu syarikat yang terlibat dengan Offshore Oil & Gas ini. Anda boleh mendapatkan direktori syarikat berkenaan dengan klik di sini.

Dari direktori ini anda boleh melihat pelbagai syarikat dengan pelbagai jenis jawatan yang
ditawarkan berdasarkan pelbagai tahap kelayakan. Telefonlah, dan hantarlah resume sekiranya ada kekosongan… (Cara ini adalah yang paling standard dan memerlukan luck yang tinggi untuk berjaya he he he).

Jadi Bagaimana ? Alternatifnya:
Step pertama : pohonlah posisi kerja yang mungkin tidak memerlukan anda pergi offshore di syarikat berkenaan.
Step kedua : Bina network anda dengan berkenalan dengan vendor-vendor dan orang-orang syarikat-syarikat lain, kenali industri dengan lebih rapat dan berpindahlah ke syarikat lain yang lebih baik atau tawarkan diri untuk bertukar ke jabatan dlm syarikat yang terlibat terus dengan kerja offshore…
Rasanya ada banyak cara lain lagi. Carilah forum-forum di internet yang membincangkan soal ini. Di Offshoreman.com saya telah membuka satu forum dalam bahasa Malaysia khas untuk membincangkan soal ini. Gunakan ia sepenuhnya… Lagipun Ianya PERCUMA !

Soalan 2 : Berapa banyak gaji yang dibayar?

Part ni yang best, sebab sememangnya gaji lebih sedikit kerana ada elaun offshore. Selain itu, ketika bekerja di offshore segala-galanya di tanggung, dari makan hingga le ke tidur. Dan perbelanjaan pun kurang kerana tidak ada peluang untuk membeli belah atau sebagainya. Dan ada banyak lagi faktor lain.

Atau cuba lihat dari sudut lain, harga minyak naik… industri lain jelas terjejas juga, tapi sudah tentu industri oil & gas booming! Jadi rasanya tidak salah kalau saya katakan, industri ini adalah antara industry yang stabil.


(diver: Antara yang dibayar paling mahal. Sekitar USD250 sehari)







Soalan 3 : Kerja bagaimana, 2 minggu offshore dan kemudian 2 minggu cuti ke?

Ini satu lagi soalan yang menunjukkan kurangnya pengetahuan orang ramai tentang industri oil & gas. Selalunya kerja 2 minggu offshore dan kemudian 2 minggu cuti ni untuk Client sahaja… yang dimaksudkan Client tu ialah, Petronas, Shell, Esso dan lain lain. Ada juga subcontractor yang terikat dengan syarat ini. Tapi untuk lebih jelas lagi, kerja offshore duduk laut boleh mencecah sehingga 60 ke 90 hari tak balik-balik. Semuanya ini tertakluk kepada syarat yg dikenakan oleh client.

Tentang cuti pula, kalau di Malaysia ni, client dapat 1:1 iaitu sehari offshore sehari cuti darat. Dari situ lah datangnya 2 minggu offshore, 2 minggu cuti. Ada juga yang beri 7:2. Maksudnya 7 hari offshore, 2 hari cuti darat. Dan semua ini juga tertakluk kepada kontrak yang dipersetujui antara pekerja & majikan. Di Negara maju, ada yang menawarkan 1:2. Maksudnya, sehari offshore 2 hari cuti.

Soalan 4 : Selain Petronas dan Shell syarikat apa lagi yang provide kerja offshore?
Soalan ni memang antara yang paling glamour ditanya. Seperti yang saya katakan tadi, Orang ramai hanya kenal company ‘stesen minyak’. Klick Direktori ini. Disini anda akan menemui pelbagai jenis syarikat yang terlibat dengan Offshore Oil & Gas.

AKAN TETAPI …
Ya… akan tetapi … Ada juga kekurangan dia. Berikut ialah beberapa daripadanya, sekiranya ada sanggup menghadapi, bolehlah kerja offshore.

1. Anda sanggup meninggalkan keluarga sehingga 60 hari?...
2. Kerja tak tentu masa, paling kurang 12 jam per shift…
3. Kerja dengan ikatan kontrak, maksudnya bukan bekerja tetap. Kontrak selalunya dari sebulan sehingga 2 tahun untuk satu terma.
4. Anda bersedia untuk tidak mempunyai kerja jika syarikat tidak mendapat projek…?

Hemm… 4 perkara di atas nampak macam susah. Tapi bila anda sudah berada dalam industri ini, Dah kenal orang, dah ada reputasi, rasanya tidak menjadi masalah.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kekosongan terkini, cara nak memohon dan sebagainya sila layari offshoreman.com

9 comments:

  1. lapan 8kerja offshore. muak dah huhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang.. boleh laa adjust kat saye. Sy dh ade misboset n safety pasport..

      Delete
  2. xk phm Sgt .. tp sy bmnat nk thu lbh lnjut .. Blh tlg ?

    ReplyDelete
  3. Dpt suami kje offshore...mmg best sbb gaji besar..cume kurang perhatian...tp itu bukn alsannye sb keluar mencari rezeki itu adelah tanggungjawab lelaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy berminat kerja dgn offshore. Dn sy dh ad sijil mis boset dan safety passport. Kalo suami akak bole
      tlg adjust ke kalo ad kekosongan. Contact sy 0148474828-ami

      Delete
  4. Nak kata real macam tipu.tapi kalau tak cuba terasa rugi pulak jana duit RM900 sehari tanpa modal.Assalamualaikum semua..daripada berFB tak ada hasil,baik berFB yang ada hasil.saya ada nak mmperkenalkan satu program dari US yang boleh membuat pendapatan sampingan.Free register,tiada apa2 bayaran dikenakan.Tiada tipu muslihat (kalau tipu pun bukan kita rugi apa2 pun)....tak perlu cari orang,tak perlu jual barang dan kerja sikit2 je..Syarat kelayakan: Anda ada Facebook dan tahu komputer sikit2.Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member.Lepas register terus dapat upah USD 25 bersamaan dengan RM 80.00 lebih kurang.Dah tu anda akan dapat link anda sendiri. Dah,apa lagi??copy link anda @copy terus semua ayat saya ni and paste kat facebook @ apa2 sahaja yang anda tahu macam tweeter &sebagainya.setiap org yang open link anda,anda akan terima ganjaran sebanyak USD 10 @RM30 lebih kurang.Mudah kan!!!Duit anda boleh pilih samada duit masuk account terus @ cek akan dipos terus ke rumah.Kalau dah faham &nak register sila click http://bit.ly/1kZATIc

    ReplyDelete
  5. Armag Oil & Gas Academy
    https://www.facebook.com/pages/Armag-Oil-Gas-Academy/722753417749225?ref=hl

    ReplyDelete