Sunday, November 22, 2009

Jawatan Kosong Di HotFm

Anda ingin bekerja di sebuah stesen radio?

Jom lihat antara peluang untuk menghangatkan lagi kareer anda.

Ada (3) kekosongan ketika ini.


JAWATAN KOSONG

Copywriter

Kami mencari seorang Copywriter

Jika anda memiliki ciri-ciri seperti berikut:

* Fasih berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris – menulis dan bertutur.
* Menguasai kemahiran berkomunikasi.
* Mampu bekerja di bawah tekanan dan mengejar tarikh terakhir (deadlines).
* Berkebolehan membuat pelbagai kerja dalam satu masa, memiliki disiplin kerja yang tinggi dan pengurusan masa yang baik.
* Memiliki imiginasi yang tinggi dan pemikiran kreatif.
* Mampu berkerjasama dengan ‘voice over talents’ dan para pelanggan kami.
* Boleh membaca ringkasan kreatif dan menghasilkan iklan radio yang mengagumkan.
* Berbakat dalam penulisan… iklan radio.
* Mahir menggunakan Microsoft Office.

Jika anda berminat, hantarkan resume kepada shahreena@flyfm.com.my

Tarikh tutup 4 Disember 2009



Moderator Web

Bertanggungjawab untuk memantau post, chat & forum di laman web Hot FM. Ini termasuklah menyokong & memastikan kualiti kandungan web menepati garis panduan kami.

Bekerjasama dengan Editor Web dalam menghasilkan maklumat baru, dan memantau komen daripada pendengar setia kami.

Selain itu, anda juga akan bertanggunjawab untuk memperbaiki segala isu berkaitan laman web secara keseluruhannya.

Kami akan menyediakan latihan, persekitaran kerja yang menarik, dan gaji asas RM1,600(boleh dirunding) berdasarkan 40 jam waktu kerja seminggu.

Kelayakan

1. Berkemahiran dalam menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (Mahir dalam Mandarin adalah bonus) dengan baik
2. Kemahiran dalam Internet, laman web dan produk Adobe seperti Dreamweaver dan Photoshop.
3. Mahir dalam mengendalikan MS Office (seperti Word, Excel, Power Point).
4. Bekerja keras dan mempunyai keinginan untuk mempelajari sesuatu yang baru.
5. Semangat berpasukan yang tinggi.

Tarikh tutup 14 November 2009

Sila emel resume anda ke alexpoon@hotfm.com.my



Jurutera Audio Penerbitan

Mencari jurutera audio yang berpengalaman atau lepasan ijazah atau diploma kejuruteraan audio yang mempunyai semangat pasukan yang tinggi, kreatif dan penuh minat.

Kelayakan

1. Diploma atau ijazah dalam kejuruteraan audio
2. Mahir menggunakan Protools atau mana-mana perisian suntingan audio.
3. Bertutur dan menulis secara fasih dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Bahasa Cina adalah bonus.
4. Bijak mengendalikan aplikasi digital mixers dan signal flow.

Tarikh tutup 14 November 2009

Sila emel resume anda ke shah.h@hotfm.com.my



Krew Hot FM Zoomerz

Kelayakan

-Berumur bawah 25 tahun?
-Happening? Berpewatakan gila gila?
-Mempunyai lesen memandu penuh?
-Bertanggung jawab dan menepati masa?

Sila emel resume anda ke zoomerz@hotfm.com.my

Maklumat lanjut sila layari HotFm

Monday, September 28, 2009

Bagaimana nak kerja di OFFSHORE OIL & GAS?

Terlebih dahulu selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam. Rasanya belum terlambat nak ucapkan. Sepanjang bulan puasani sibuk sikit dengan bisnes bulan puasa. Biasalahkan nak cari duit lebih untuk diperabihkan pada hari raya. Hehehehe..

Berbalik pada tajuk post kali ini, banyak juga feedback yang bertanyakan tentang kerja offshore ni. Aku sebenarnya tak pernah bekerja dalam bidang ni cuma adalah sikit pengetahuan dalam bidang ni. Maklumat ni aku dapat dari Offshoreman.com . (Penulis adalah seorang pekerja industri Oil & Gas dan boleh dihubungi di webmaster@offshoreman.com. Pembaca dinasihatkan untuk membuat kajian sendiri dan menjadikan artikel ini hanya sebagai panduan umum). You May Freely Distribute This Special Article To The Clueless

Dan salinan di bawah ni adalah apa yang aku dapat dari penulis website tersebut. Jadi aku salin semula di sini untuk memudahkan anda memahami secara terperinci mengenai Kerja Orang Minyak ni.


Antara soalan yang sering ditanya ialah:

1. Bagaimana nak kerja di Offshore Oil & Gas?
2. Berapa banyak gaji yang dibayar?
3. Jadual kerja, 2 minggu kerja lepas tu 2 minggu cuti ke?
4. Selain Shell dan Petronas syarikat mana lagi yang provide kerja ni?

1. Bagaimana nak kerja di Offshore Oil & Gas?

Soalan inilah yang paling banyak diajukan kepada saya. Malahan saya telah mempunyai ‘template’ untuk menjawab soalan ini.
Proses mendapatkan kerja sebenarnya sama dengan industri lain, hantar resume, interview, orang dalam, cable kroni dan lain-lain. Persoalan yang sebenarnya ialah; kebanyakan orang tidak mengetahui syarikat-syarikat yang menawarkan kerja offshore ini. Yang orang ramai tahu hanya Petronas, Shell, Esso … atau lebih tepat lagi ‘stesen minyak’. Sebenarnya ada beribu-ribu syarikat yang terlibat dengan Offshore Oil & Gas ini. Anda boleh mendapatkan direktori syarikat berkenaan dengan klik di sini.

Dari direktori ini anda boleh melihat pelbagai syarikat dengan pelbagai jenis jawatan yang
ditawarkan berdasarkan pelbagai tahap kelayakan. Telefonlah, dan hantarlah resume sekiranya ada kekosongan… (Cara ini adalah yang paling standard dan memerlukan luck yang tinggi untuk berjaya he he he).

Jadi Bagaimana ? Alternatifnya:
Step pertama : pohonlah posisi kerja yang mungkin tidak memerlukan anda pergi offshore di syarikat berkenaan.
Step kedua : Bina network anda dengan berkenalan dengan vendor-vendor dan orang-orang syarikat-syarikat lain, kenali industri dengan lebih rapat dan berpindahlah ke syarikat lain yang lebih baik atau tawarkan diri untuk bertukar ke jabatan dlm syarikat yang terlibat terus dengan kerja offshore…
Rasanya ada banyak cara lain lagi. Carilah forum-forum di internet yang membincangkan soal ini. Di Offshoreman.com saya telah membuka satu forum dalam bahasa Malaysia khas untuk membincangkan soal ini. Gunakan ia sepenuhnya… Lagipun Ianya PERCUMA !

Soalan 2 : Berapa banyak gaji yang dibayar?

Part ni yang best, sebab sememangnya gaji lebih sedikit kerana ada elaun offshore. Selain itu, ketika bekerja di offshore segala-galanya di tanggung, dari makan hingga le ke tidur. Dan perbelanjaan pun kurang kerana tidak ada peluang untuk membeli belah atau sebagainya. Dan ada banyak lagi faktor lain.

Atau cuba lihat dari sudut lain, harga minyak naik… industri lain jelas terjejas juga, tapi sudah tentu industri oil & gas booming! Jadi rasanya tidak salah kalau saya katakan, industri ini adalah antara industry yang stabil.


(diver: Antara yang dibayar paling mahal. Sekitar USD250 sehari)







Soalan 3 : Kerja bagaimana, 2 minggu offshore dan kemudian 2 minggu cuti ke?

Ini satu lagi soalan yang menunjukkan kurangnya pengetahuan orang ramai tentang industri oil & gas. Selalunya kerja 2 minggu offshore dan kemudian 2 minggu cuti ni untuk Client sahaja… yang dimaksudkan Client tu ialah, Petronas, Shell, Esso dan lain lain. Ada juga subcontractor yang terikat dengan syarat ini. Tapi untuk lebih jelas lagi, kerja offshore duduk laut boleh mencecah sehingga 60 ke 90 hari tak balik-balik. Semuanya ini tertakluk kepada syarat yg dikenakan oleh client.

Tentang cuti pula, kalau di Malaysia ni, client dapat 1:1 iaitu sehari offshore sehari cuti darat. Dari situ lah datangnya 2 minggu offshore, 2 minggu cuti. Ada juga yang beri 7:2. Maksudnya 7 hari offshore, 2 hari cuti darat. Dan semua ini juga tertakluk kepada kontrak yang dipersetujui antara pekerja & majikan. Di Negara maju, ada yang menawarkan 1:2. Maksudnya, sehari offshore 2 hari cuti.

Soalan 4 : Selain Petronas dan Shell syarikat apa lagi yang provide kerja offshore?
Soalan ni memang antara yang paling glamour ditanya. Seperti yang saya katakan tadi, Orang ramai hanya kenal company ‘stesen minyak’. Klick Direktori ini. Disini anda akan menemui pelbagai jenis syarikat yang terlibat dengan Offshore Oil & Gas.

AKAN TETAPI …
Ya… akan tetapi … Ada juga kekurangan dia. Berikut ialah beberapa daripadanya, sekiranya ada sanggup menghadapi, bolehlah kerja offshore.

1. Anda sanggup meninggalkan keluarga sehingga 60 hari?...
2. Kerja tak tentu masa, paling kurang 12 jam per shift…
3. Kerja dengan ikatan kontrak, maksudnya bukan bekerja tetap. Kontrak selalunya dari sebulan sehingga 2 tahun untuk satu terma.
4. Anda bersedia untuk tidak mempunyai kerja jika syarikat tidak mendapat projek…?

Hemm… 4 perkara di atas nampak macam susah. Tapi bila anda sudah berada dalam industri ini, Dah kenal orang, dah ada reputasi, rasanya tidak menjadi masalah.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kekosongan terkini, cara nak memohon dan sebagainya sila layari offshoreman.com

Thursday, August 6, 2009

Tip-tip semasa ditemuduga

Mesti anda gabra semasa ditemuduga sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Sampai otak blur tak tau nak fikir jawapan apa bila nak jawab soalan yang ditanya oleh penemuduga.. Betul ke? Jika betul.. apa kata anda bersedia dengan tip-tip yang diberikan dalam EBOOK RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN. Di sini anda boleh mempelajari dan menyelami apa yang akan dialami semasa menghadiri temuduga..

Jadi kepada anda yang sedang atau telah mendapat tawaran temuduga kerja dengan kerajaan apa kata dapatkan ebook yang berguna ini. Dengan membaca ebook ini akan mempersiapkan diri anda untuk menghadapi temuduga.. SELAMAT BERJAYA..

KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut

Thursday, July 16, 2009

JURU X-RAY

Nama jawatan JURU X-RAY U29

Mempunyai 2 cabang 1- Radiografi 2-Radioterapi

1- Radiografi

Tugasnya adalah mendiagnosis penyakit. Dengan erti kata lain...menyiasat sama ada terdapat penyakit pada bahagian tubuh badan pesakit. Contoh pada bahagian perut, dada, kepala dan memeriksa sekiranya berlaku kepatahan anggota badan. Bolehlah disimpulkan sinar X digunakan untuk mengesan keabnormalan yang terdapat di dalam tubuh badan pesakit. Kerja ini dilakukan mengikut mengikut order dari doktor.

Sinar X berbahaya kepada manusia kerana ia akan mematikan sel-sel di dalam badan. Disebabkan itu Sinar X dibuat hanya bila benar-benar perlu sahaja.

x-ray ada banyak jenis. Contohnya General x-ray, Fluoroskopi, Mammografi,
Intravena Urography(IVU), Magnectic Rensonance Imaging (MRI), Computer TOmmography (CT-scan), Angiografi. Setiap bahagian dalam tubuh yang ingin diagnos memerlukan jenis-jenis pemeriksaan X-Ray tertentu seperti contoh yang telah dinyatakan.

Anggaran gaji selepas ditolak KWSP dan SOCSO lebih kurang RM2000 ( ini untuk kerja dengan kerajaan) sekiranya bekerja dengan swasta sudah pastinya gaji lebih tinggi. Namun sekiranya anda dibawah tanggungan pihak kerajaan semasa mengikuti latihan anda akan terikat dengan kontrak selama 4 tahun.

Cara memohon kerja hanya isi borang di dalam laman web SPA iaitu www.spa.gov.my. Sekiranya berjaya anda akan menduduki ujian bertulis, selepas lulus barulah ditemuduga. Soalan yang biasa ditanya berkaitan bidang yang kita pilih dan sedikit tentang diri kita sendiri.

Sekiranya memang rezeki anda diterima untuk menjalani latihan tersebut anda akan mendapat elaun RM621 sebulan, elaun buku RM320 setahun dan elaun uniform RM90 setahun beserta kasut dan kain percuma. Selamat Berjaya..

Thursday, April 30, 2009

JURUTERBANG

Untuk kerjaya pilihan kali ini ialah sebagai seorang JURUTERBANG atau PILOT. Kerjaya ini menjanjikan pendapatang yang cukup lumayan serta pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko tinggi.



Ciri-ciri peribadi yang diper
lukan:

+ Mempunyai komitmen yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap kerjaya.
+ Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
+ Boleh berkomunikasi dengan baik.
+ Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
+ Menguasai matapelajaran matematik, sains dan fizik.
+ Berumur 18 hingga 24 tahun.
+ Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
+ Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan alat
optik hanya untuk juruterbang tentera udara sementara juruterbang komersial 6/60 dengan bantuan alat optik serta tidak rabun warna).
+ Ketinggian minimum tidak kurang dari 5 kaki 4 inci.
+ Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh yang singkat atau lama.


Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.

Untuk menjadi juruterbang pesawat penumpang atau kargo anda, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Pelajar yang berminat untuk mengikuti Latihan Penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.


Tempat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.

Di antara tempat latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Asia Pasific Flight Training, Malaysian Flying Academy . Semasa di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan.









Untuk maklumat lanjut sila layari link di bawah:
- Asia Pasific Flight Training.
- HM Aerospace Sdn Bhd
- British Airways
- TUDM

Wednesday, March 4, 2009

Offshore

Berminat bekerja di offshore?

Bekerja di pelantar minyak tak sama dengan bekerja di tempat-tempat biasa. Berjauhan dengan keluarga, anak bini serta girlfriend, kerja 12 jam sehari start jam 6.30 pagi sampai le jam 6.30 petang. Pergerakkan pun terbatas, banyak regulation yang kena patuhi.

Tentang safety pulak, number one. Sesetengah platform Petronas langsung tidak benarkan personnel keluar dari living quarters kalau tak pakai coverall, sebab safety. Mercury hazard dan H2O. Platform Supervisor ada hak untuk hantar balik pada sesiapa yang langgar safety regulation. Kena pakai PPE atau personnel protective equipment setiap masa sewaktu bekerja, kalau after working hour sekalipun kena pakai kalau keluar dari living quarters. Living quarters - tempat makan minum, tengok tv, mandi, rehat dan tidur.

Nak ke offshore pun perlu jalan urine test terlebih dulu, mana-mana personnel yang positive, minta maaf sila balik rumah, offshore bukan tempat untuk penagih. Sekarang Petronas dah kuat kuasakan peraturan ni di sebelah east coast ni. Mana-mana personnel yang nak ke Petronas platform mesti urine test dulu sebelum naik chopper. Exxonmobil, Talisman dan lain-lain buat masa ni belum start lagik.

rig3.jpg

Risiko pun tinggi, ombak besar, angin kencang, kerja-kerja yang dijalankan semuanya kerja yang robbust. Takde kerja yang takde risiko. Life di offshore perlu allert 24 jam. Masih berminat nak bekerja di offshore ke?


Kelayakkan untuk bekerja di Offshore

Bukan semua orang boleh atau layak untuk bekerja di offshore. Hanya mereka yang betul-betul fit dibenarkan berada di atas platform, mat fit tidak digalakkan sama sekali.

Turun dari platform to boat

Basic requirement untuk bekerja di pelantar minyak.

  • Berusia at least 18 tahun ke atas - biasanya lepasan SPM lah. Sementara nak tunggu result tu ok juga cari pengalaman. Masalahnya sukar juga nak dapatkan company yang nak recruit worker yang tidak pernah ada pengalaman bekerja ni. Paling mudah gi register kat INSTEP - Institut Teknologi Petronas. Lawat web dia kalau nak tahu lebih lanjut. Tak jauh pun, area Batu Rakit Kuala Terengganu jer.
  • Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP - Batu Rakit Campus)
    Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
    21020, Kuala Terengganu,
    Terengganu Darul Iman,
    MALAYSIA
    Tel: 609 - 669 6141
    Fax: 609 - 669 6702
    Email: instep@petronas.com.my

    Kalau dah grad dari INSTEP, ada rezeki boleh bekerja dengan di Petronas ataupun Exxonmobil platform. Tapi kalau kena hantar kat onshore macam di Onshore Gas Terminal, Paka ka.. nasib lah.

  • Safety Passport - Conpulsory, wajib. Bagaimana nak dapatkan safety passport ni. … kalau di sebelah pantai timur ni, TSTC menawarkan berbagai course untuk workers. Ada berpuluh-puluh courses di sini tetapi yang wajib untuk bekerja di offshore :
    • Basic sea survival course
    • HUET - Helicopter underwater escape training
    • Fire fighting

    Untuk bekerja di sebelah platform Petronas, anda perlu ada 4 courses. Exxonmobil setakat ini mewajibkan 3 courses. So tanpa course ini anda tidak akan dapat passport, takde passport maaf anda tidak dibenarkan.

    Walau bagaimanapun kalau anda seorang VIP, kalau takde anda maka kerja tak boleh buat, masih ada peluang untuk anda terlepas untuk sekali namun bergantung kepada keadaan.

    Berapa ribu ringgit Malaysia? Untuk 4 courses ini ada perlu ada RMX,XXX.XX. Anda boleh contact TSTC atau layari website dia orang.

    Terengganu Safety Training Center Sdn Bhd
    3572, Jalan Panchur,
    Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
    24000 Kemaman
    Terengganu Darul Iman
    Tell : 09-8623300
    Fax : 09-8623302

  • Physically fit - Macam aku terangkan di atas, hanya personnel yang fit sahaja yang boleh bekerja di sana, yang jenis lemah lembik dinasihatkan tak perlu memohon lah. Alasan aku, kita akan bekerja di sebuah tempat yang kotor, bahaya, cuaca yang tak menentu atau ringkasnya kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

    Everything nak cepat, kalau lambat panas lah telinga. Begitu juga dengan crew-crew otai yang dah lama bekerja di sana, ada yang hampir 30 tahun! So puak-puak otai ni ada yang kasar ada yang sebaliknya. Kalau dapat bekerja dengan satu team yang baik tu ok lah, kalau puak yang satu lagi tu, alamat nak kena demob je lah.

    Demob - balik ke onshore, atau back to town.

  • Mentallity Fit - Kalau cepat terasa hati, suka menangis, cepat tersentuh atau apa saja peel yang sewaktu dengan kaum hawa tu sekali lagi dinasihatkan tak perlu apply lah. Sebab, sendiri mau ingat kita nak bekerja di pelantar minyak nun di tengah laut, bukannya di kedai salun rambut.
  • Medical check-up - Anda perlu jalani medical check-up terlebih dahulu, x-ray apa-apa yang patut. Jantung OK, paru-paru OK, mata OK dan semuanya OK. Kalau semua OK boleh jalan terus.

So ini lah serba sedikit BASIC requirement untuk bekerja di offshore.


Position Yang Ditawarkan

List di sini mungkin tidak lengkap, tetapi ini adalah antara regular position yang ada di offshore.

Helper - kalau bahasa kasarnya kuli, macam aku lah. Helper task dia membantu sesiapa sahaja yang perlukan bantuan, tak kira apa task sekalipun. Kerja biasanya lebih kepada nak memudahkan kerja-kerja orang lain, termasuklah tukang angkat spannar, bersihkan working area dan housekeeping. Ramai adik-adik lepasan SPM yang apply kerja ni.
Estimated Salary : RM40.00-RM50.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger - Atas sikit dari helper, nak jadi rigger pun kena join rigging course, bukan boleh pakai redah jer. Tasknya lebih kepada ringging job, lasak, seperti menarik dan menolak bebanan yang berat yang biasanya crane tak boleh operate. Kelebihan untuk mereka yang bertubuh sasa, mat fit tak sesuai.
Estimated Salary : RM80.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger Scaffolder - Rigger juga tetapi specialize dalam erect scaffolding, bahasa baku panggil perancah, tapi jangan ler sesekali sebut perencah kat offshore, nanti kena gelak dik. Tugasnya erect scaffolding untuk jadikan access platform dan panjat tempat tinggi menggunakan safety hardness.
Estimated Salary : RM80.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Fitter - Fitter kerjanya fit up weld steel pipe atau structure, biasanya satu team dengan welder.
Estimated Salary : RM90.00-RM130.00, offshore rate, 12 hours working time.

Welder -Welder, tugasnya menyambung pipe atau structure yang telah di fit up oleh fitter. Post ni boleh tahan, kalau banyak “lesen” boleh buat duit banyak. Lesen ni datangnya dari Welder Qualification Test (WQT) .. haaa translate la sendiri, memang dah gitu term nya. Kalau banyak lesen dipanggil multi skill, boleh weld material carbon steel, stainless steel, duplex, cuni etc ler. Orang kampung aku cakap juruteri.. wahaha.
Estimated Salary : RM100.00-RM300.00, offshore rate, 12 hours working time.

Blaster – Blaster kerjanya blasts metal surface dengan menggunakan blasting equipment sebelum painter paints sesuatu surface, pipe ke structure ke.. mana-mana lah. Pakaian macam orang nak kebulan, rimas la sikit. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Painter – Painter pulak sambung kerja yang blaster dah buat, dia apply paint pada surface tu. Sama la kena pakai pakaian ke bulan jugak. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Electrician – Nama pun electrician, kerja-kerja berkenaan dengan electric di platform.
Estimated Salary : RM100.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Instrument Fitter – Instrument fitter tasksnya berkenaan dengan bahagian instrument, process, tubing etc. Rilex jer kerja ni, tak berat langsung.
Estimated Salary : RM90.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Crane Operator - Operate platform crane.. huii kena ada course ni, kalau boleh bawak crane di onshore belum tentu boleh bawak crane di offshore.
Estimated Salary : RMxx.00-RMxx.00, offshore rate, 12 hours working time.

Roustabout -
Roughneck-
Derrickman
Driller/Assistant Driller
Toolpusher -
Storeman -
Mud Logger -
Production Operator -
Maintenance personnel -
Divers-
Catering staff -

Professional posts - Graduates from Chemistry, Physics, Engineering, Mathematics, Geology, Geophysics and Petroleum Engineering courses are all of interest to offshore companies in exploration and production activities such as:

Geologists and Geophysicists
Reservoir engineers
Drilling engineers
Petroleum engineers

Kalau berminat boleh lah apply dengan mana-mana company kat bawah ni. List yang ringkas namun nilah regular players kat sebelah Kemaman ni. Ada banyak lagi offshore company.

Vastalux Sdn Bhd
Work Location : Kemaman, Labuan.
Di Kemaman, currently ada contract dengan Petronas Carigali Sdn Bhd selama 5 tahun. Construction and painting job activities.
Website: www.vastalux.com.my/site/index.php
Email : enquiry@vastalux.com.my

Sarku Engineering Services Sdn Bhd
Work Location : Kemaman, Terengganu.
Currently ada job dengan Exxonmobil under FCB037 contract, Topside Major Maintainance - construction and painting untuk 5 tahun. Boleh lah apply untuk position dari rigger, scaffolder, fitter, welder,blaster painter. PMT pun boleh apply, workpack engineer, draughtman, technical clerk etc. Now company ni under Sapura.
Website : http://www.sarku.com.my
Email : hr-sarku@sarku.com.my

Intraline Resources Sdn Bhd
Work location: Kemaman.
Now di Kemaman project under DPD Exxonmobil untuk hook up and comissioning exxonmobil platform. Duration, 5 tahun.
Tell : 03-7880 4410
Fax : 03-7880 4710

Ramunia Fabricator Sdn Bhd
Work Location : Kemaman dan Teluk Ramunia,
Banyak job dengan Talisman

TJ Oilline Sdn Bhd
Work Location : Kemaman,
Contract dengan Talisman dah nak expire. Boleh cuba apply.

Sime Offshore Sdn Bhd
Last job dia orang buat ialah huc di Guntong E, Exxonmobil platform.

Shapadu Energy and Engineering Sdn Bhd
Location : KSB, Kemaman.
Sekarang ni job pun dah kurang, buat masa ni rilex dulu dan tak perlu apply lah.

Lain-lain company ialah seperti Geowell, Schlumberger, Weatherford, Anadrill,Tioman dan banyak lagi lah. Semua service company ni susah sikit nak join sebab kebanyakkan positionnya perlu ada pengalaman. Kalau nak join mungkin boleh tetapi start dari bawah lah.

Itulah seba sedikit mengenai offshore.. nak tau lebih lanjut Klik di sini.

Boleh juga lawati website ini:

www.offshoreman.net


( Pstt.. Terima kasih kerana memberi kebenaran menggunakan info dalam blog bro)



Pembuka Bicara

Sebagai permulaan blog ni, Aku sebagai tuan punya tanah dengan ini mengucapakn terima kasih kepada pengunjung blog ini dan juga kepada mereka-mereka yang terlibat memberikan info kepada sesuatu kerjaya tersebut..Terima Kasih. Tujuan blog ni diwujudkan sekadar nak memberi info, cerita, pengalaman dan kelayakan tentang sesuatu kerjaya itu. Mungkin juga akan disertakan info bagaimana nak apply kerja tersebut. Jadi kepada sesiapa yang berminat kepada sesuatu kerjaya dan belum di postkan di sini bolehlah email aku atau bagi je komen nanti aku cuba godek kat mana-mana tentang info kerja tersebut. Oklah sebagai permulaan kita ikuti kerjaya pertama kita iaitu kerja mengenai minyak.. OFFSHORE.