Thursday, March 31, 2011

JAWATAN KOSONG DI UNIMAS

Universiti Malaysia Sarawak, mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan perpandangan jauh untuk mengisi jawatan kosong kumpulan pengurusan & profesional dan kumpulan sokongan. Pemohon dipelawa untuk mengisi jawatan tersebut secara tetap / kontrak / sementara / sambilan.

Sila rujuk lampiran dibawah untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai jawatan kosong dan syarat-syarat kelayakan permohonan.

Jawatan Kosong Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan (PDF)

Jawatan Kosong Kumpulan Pengurusan & Profesional - Pegawai Perhubungan Industri (PDF)


Prosedur Permohonan
Pemohon hendaklah memohon secara atas talian (online) melalui capaian https://hronline.unimas.my/jobs_unimas. Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kuasa-kuasa tempatan hendaklah memajukan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) dan Penyata Perkhidmatan yang lengkap. Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
Kad Pengenalan
Sijil Kelahiran
Sijil-sijil Akademik yang berkenaan
Sijil-sijil lain yang berkaitan

hendaklah dihantar kepada :-
Pendaftar
Universiti Malaysia Sarawak
94300 KOTA SAMARAHAN
(u/p : Unit Perjawatan)
Tel : 082-581000 Fax : 082-581095
tidak lewat dari 13 April 2011.


Permohonan berikut akan DITOLAK sekiranya tidak disertakan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti di atas, tidak lengkap atau tidak jelas, tidak ditandatangani, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan lewat diterima dan gambar tidak seperti yang ditetapkan (gambar scan tidak dibenarkan). Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment